top of page

Tentang Kami

"Apabila Kuasa Pena Mengubah Dunia."

PENGENALAN

Sonique Artscape (SA0277970-W) merupakan sebuah syarikat milikan 100%

Bumiputra. Dimiliki sepenuhnya oleh YM Tuan Nor Ashikeen bt.

Tuan Mohd Yusoff.

 

Syarikat ini telah mula beroperasi sejak tahun 2000, yang mana telah

menerbitkan beberapa majalah iaitu Majalah Cun (Remaja Wanita),

Majalah Xpresi! (Komik & Xtreme Remaja Lelaki), Majalah Iras (Wanita &

Keluarga) dan Majalah Era IT (IT). Antara novel yang pernah diterbitkan

pula ialah Asmara Ini (Iera T.M. Yusoff); 2002, Kristal Kasih (Puteri Adilla);

2002 dan Mellyana (S.U.Sutradara); 2002.

 

Penghujung 2013, Sonique Artscape kembali ke arena industri setelah

berehat seketika untuk melalui proses pembelajaran oleh pengasasnya.

 

Sonique Artscape membawa maksud sebuah lapangan seni yang tiada batasan. Kombinasi warna pada logonya pula membawa perlambangan harmoni warna dalam design membuahkan hasil yang lumayan.

 

MISI & VISI

Atas nawaitu ingin berjihad melalui pena, Sonique Artscape ditubuhkan untuk pengasasnya berkongsi sesuatu tentang kehidupan dan juga membantu saudara sebangsa dan seagama untuk setanding bangsa lain.

 

Melalui syarikat ini, setiap kepakaran dan elmu yang dimiliki Iera Yusoff akan dikongsikan untuk sama-sama mencapai kejayaan bukan sahaja di dunia malah mengumpul saham akhirat, insya-Allah.

 

 

IERA YUSOFF
Ketua Pegawai Eksekutif

Calon PhD Komunikasi Kemanusiaan, UPM, Serdang

 

Master Komunikasi Korporat,

UPM, Serdang 

 

Ijazah Sarjana Muda Media & Komunikasi (Kewartawanan),

UiTM, Shah Alam

ABDULLAH HAQIM
Ketua Pegawai Operasi

Ijazah Sarjana Muda Perniagaan & Pengurusan (Pemasaran),

UiTM Shah Alam  - PJJ

 

Diploma Analisa Pelaburan,

UiTM Dungun

NASYIHA MUKHTAR
Penulis

Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Instruksional & Latihan),

UiTM Shah Alam 

 

Program Asasi Undang-Undang, UiTM Shah Alam

© 2015 oleh Iera Yusoff

bottom of page